Tuesday, September 16, 2014

UUM life

Alhamdulillah, dh masuk hari ke-16 aku di UUM ni. Minggu pertama program orientasi. Minggu kedua dah start kelas, dan sekarang dh masuk minggu ketiga rupanyaaaaaa. Woaaaa, time flies sooooooooo fast aaa.. Minggu pertama kelas dh dapat assignment. Perghhh mmg tak kasi chance langsung laaa nak bersuka ria dulu. Tapi seronok duduk sini sbb dapat membe yang sekepala. Roomate okey, budak bilik depan pun gilaaa-gilaaa hahaha. Lagi sorang budak aras bawah. 6 orang daripada 3 bilik lepak dalam 1 bilik, gelak sakan gelak melampau bila berkumpul hahah. Seronok dapat kenal korangggg, seriously..

Jadual kuliah kalau ikutkan mmg jauh beza dgn matrik dulu. Matrik kelas dr pukul 8 pg smpai 5 ptg penuhhh. Tapi ni kelas pun start pukul 10 or 11 pg, dlm pukul 2 or 4 habislahh kelas. Masalahnyaa jauh. Dari satu tmpt ke tmpt yg lain. Tu laa bezanya zaman matrik dgn universiti. Ada orang kata life dkt universiti lg senang dari sekolah. Dan aku harap diaorng tak tipu. Ok taknak taip panjng-pnjang, biar gambar berbicara..

First, perbezaan bilik di masa belajr kat KMNS dgn UUM :)

Katil yg drindui, KMNS..

UUM
 This is UUM... Cewahhh hahaha

Kurang 4 thn dr sekarang inshaa Allah dewan ni jugak yg jadi
saksi kami konvokesyen..

school of government

uuuu membe Kedah, budak bilik dpn ;)


heeee

Ohhh nak cerita jugak, ni laa haiwan peliharaan blok H. Naik je tangga nak masuk blok td tgk ada binatang ni jd penyambut tetamu gamaknyaaa. Ketaq lutut bak hangg. Rasa nak nangis je kat situ. Fobia aku dgn monyet monyet nii. Haihhhhh.. Smlm kena kejar dgn sekor monyet niii. Geram rasaaaaaaaaaaaaaaaa, monyet tu suka pandang tak puas hati dgn aku, dengki apaaa pun taktau aihh >.<



Alamakkk dh lapar. K baiiii :o

********************************************************

thank you Allah for everythingggggggggggg :)
alhamdulillah..

Tuesday, August 19, 2014

from KMNS to UUM

Fuhhh kanan, fuhhh kiri, perghh berhabuk betul dh blog ni. Serius wa rindu gilaaaaaa nak update sini. Tp saje la kann kumpul rindu byk byk dulu hahaha baru semangat nak menulis. Yeahh, tgk tajuk, tgk skrng. Ehh tengok laaaa cpt. Cehh taknak takpeee laaa kan haha. Haaa alhamdulillah, aku dh habis dh pun bljr dkt KMNS tuuu. Dh berbulan la jugakk. And syukur sgt dh dpt tawaran sambung Ijazah Sarjana Muda di UUM. 

Kalau diingat balik dulu, aku mmg taknak masuk matrik ni. Sampai nangis nangis la jugak. Tapi masa tu ibu pujuk kate "Allah takkan membebankan manusia di luar kemampuan seseorang. Kamu dapat sana, maknanya kamu mampu la." Yeee, parents aku mmg nak aku masuk matrik. Aku taknak masuk sana bukan sbb ape, sbb nya org kata life dkt matrik ni susah la ape laa. Tapi alhamdulillah, aku boleh skor lg better drpd masa aku kat sekolah dulu, utk subjek Sains laaa. 

Apa yg aku boleh kata, yee tak dinafikan life kat matrik sgtlahhh hectic. Tp kalau ada usaha, inshaa Allah boleh, fikir positif yeee ^_^ serius skrng aku rindu dgn semua kenangan kat sana, byk kenangan pahit manis. Rindu roomate, rindu classmate, rindu lecturer, rindu budak bilik dpn, bilik sebelah semua laaaaaaaa. 

Kalau cerita satu satu kenangan tu mmg takkan habis kann. In fact, kalau berWhatsapp dgn roomate bila buat flashback sikit pun dh gelak sakan dh. Padahal dlm fon tuu hahaha. Rindu gelak ketawa tuu.

roomate c3.3.9
dari kiri : Akma, Ain, Nisa, Hajar
Ni laaa orang yg paling aku rapat kat bumi KMNS tuu. Mana tak nya celik je mata dr tidur nampak diaorng. Rindu nak bljr sama sama, gosip, melantak megi tgh malam, ketawa tak ingat dunia, jalan jalan pusing satu matrik, joging same same, kutuk mengutuk. Hmmmm sedih. Bila lg kita boleh buat semua tu sama sama kannn. Ok tetibe teringat part plg best bila lukis muka crush masing masing ahahahahaha. Tapi aku takde crush k, diaorng je. HAHAHAHA. 

roomate + budak bilik dpn + budak bilik sebelah
Ni haaaa jiran kami laaa dkt aras C3 tingkat 3 wing B tuuu. Kalau dgr jerit sbb ada serangga tuu dh biasa sgt dh. Bukan aku jerit, tp budak sblh aku, si tudung hijau tuuu ahhahaha. Bilik dia semua warga penakut serangga hahahaha. Budak bilik depan yg kuat jerit, sangat happening lahhh. Teringat masa last day nak balik, one of them kata "Ain jgn balik lg tau, kita risau la Ain balik tak bgtau. Nnti nak balik ketuk pintu tau bgtau." Nampak kan betapa caring nyeeee budak aras aku ni haha.

dari kiri : Nabila, Akmar, Aisyah, Ain, Ainur
Wuuu ni sep sep pantai timur belaka nii, sesat sorang budak Perak, aku la tuuu. Ni la team project research and presentation aku. Geng dalam kelas ni. Dulu setiap kali habis task and rasa tengah tension sgt kiteorng msti 'menghargai diri' dengan mkn aiskrim sama sama. Sweet kann? Yee tau dh sweet hahaha. Part plg aku rindu, masa gap utk solat before kelas kitaorng akn solat dkt surau matrik sbb jauh nak balik bilik. Budak KMNS tau la mcm mana jauhnya kluster C tuu, naik bukit beb. Mane larat.. Haa tiap kali lps solat, msti salam, peluk cium then mintak maaf. Jadinya, kami mmg akn mntak maaf tiap kali lps habis solat. Yee aku rindu pelukan tuu.. Pelukan semangat utk aku teruskan hidup kat matrik.

classmate - s3cp4
Okehhh, ni laaa pracmate aku aka classmate. Kelas yg bising dan sgtlah huha huhaaa. Kesian lecturer yg ajar kami hahaha. Sebenarnya dlm gambar ni ada lecturer Biology kami jugak. Cuba la cari yg mana ehhh. HAHA kecik je orang nyee, comel. By the way, kelas aku ada 3 org je lelaki. Yela sbb modul 3 kan bljr Biology so majority mmg girls laaa. Kalau nak bljr dgn lelaki pergi ambil modul 2 sane sbb modul 2 budak fizik, so ramai la jugak lelakinya.

tikus comel, maafkan saya..
Haaa tu laaa antara orang orang yg aku rindu kat KMNS. Semoga kita sama berjaya yeee.. Walaupun lain tmpt bljr, harap nya lps ni jgn laa dilupakan kenangan antara kita. Acewahhh haha. 1 hb ni pendaftaran utk student baru di UUM. Mulakan hidup baru kat sana. Semoga Allah permudahkan urusan aku dgn kawan kawan yg lain. Aminn..

********************************************

Ketika kita menginginkan sesuatu yang tak kita DAPAT
Maka Allah meminta kita untuk sabar MENUNGGU. 
Ketika kesedihan menjatuhkan AIR MATA, 
Maka Allah meminta kita untuk berusaha TERSENYUM. 
Ketika perjalanan hidup terasa MEMBOSANKAN. 
Maka Allah menyuruh kita untuk banyak BERSYUKUR. 
Kita ada PERANCANGAN. 
Allah juga ada PERANCANGAN. 
Tetapi sehebat apapun kita merancang sesuatu. 
Tetap perancangan Allah adalah sebaik-baiknya. 
Ingatlah, Allah selalu memberikan kelebihan dibalik kekurangan. 
Allah selalu memberikan Kekuatan dibalik kelemahan. 
Allah selalu memberikan senyum dibalik kesedihan. 
Allah selalu memberikan Harapan dibalik keputusan.
Yakinlah.
 Kebahagiaan itu akan hadir juga pada waktunya. 
Sesuai rencana-Nya. Sesuai rancangan-Nya. 
Dan tak ada alasan bagi kita untuk meragukan-Nya. 
Amiin :)

Monday, June 9, 2014

♥ Selamat Pengantin Baru ♥



Selamat Pengantin Baru Pak Tih :)
Hensem pak tih pakai baju pengantin. tp sibuk je guna warna purple, warna favourite Ain tuuuu. nanti kalau Ain kahwin takkan nak pakai bj sama colour dgn pak tih? hahah. teringat masa salam dgn pak tih hari tuu, pak tih tanya "Ain bila nak kahwin?" Ok, tergamam sat. Dia sambung lg "cepat la kahwin". Amboiiii, Ain muda lagi lahhhh. baru 19 dh suruh kahwin, sabar lahhhh. haha target umur 24 tauu. tp takde calon lg, pak tih recommend pengapit dia dr Matrik Penang tuuuuuuuuuuuuu hahahaha apa ingat aku nak bercinta lg keee? puihh takmo. tunggu kahwin nanti. Btw, Ain doakan Pak tih sentiasa bahagia, cepat cepat laaa dpt anak ehhh. Hahahaha


My dear future husband, I will cook, I will clean,

I will be the best housewife ever .. 

Inshaa Allah ..

I will dress up for u,

I will maintain my appearance for u,

I will make sure everything is okay for u,

As long as u promise me one thing,

HELP ME GET TO JANNAH ..

sincerely,       

  Ain ;) 

Sunday, June 8, 2014

birthday girls :)


dah mcm berhabuk sgt je blog ni kannn. mmg dh lama tak update. daripada masuk matrik haritu kate nak update tp smpai dh habis baru update haaaa. busy bebenorrr laa. skrng dah masuk batch baru dh punn. alhamdulillah result pun dh keluar, hati baru nak tenang, bila fikir UPU mula la rasa gelabah balik. takut laaa ke mane ntah hala tuju lps nii. ouhhh, actually life is getting serious now. aku dh dapat rasa makin byk mende aku kena fikir. baru baru ni lg serabut dgn hmmmmm hablum minnal nas. haha sabar k ain. btw, 27 haribulan harituuu, my birthday kan kann. ada la jgk sambut birthday sekali dgn adik. tp sambut guna tarikh birthday dia, nampak tak acik kan? beza dua hari je punn birthday kteorng sbb birthday yana ni 25 mei.


yana, ain, acu


okeyyy, dah dah. cukup utk tu.

28 hb pulak keluar dgn membe membe sekolah rendah dkt AEON Ipoh. tp ada jgk laaaa membe dua org tuuu. takde la sama sekolah pun. haha. spent time together dgn main boling, tgk wayang, makan makan, lepas tuuu? balik k balik. tu jee. dh taknak cite pape, gmbr pun takde. sadis kannn. yg ada cumaa..


ni pun snap lepas balik. hahah. kenangan jugak nii. btw, plg best time main boling tak sangka sangka dpt highest mark. aku tak terrer pun. main baling je tuu. maybe sbb aku nk lepaskan geram kat org tuu. yg buat aku nangis tgh malam wish happy birthday tepat pukul 12 tuu. tu yg boleh menang tu kot? ehh? --'
ni ada pesanan ni kat org tuuu, haaa org tu lahhh. 


it is because i don't believe in second chances. okbaiiiii..

Saturday, November 9, 2013

rindu rinduuuu sangat

en. blogggg , rindu awak sgt . rindu nak menulis , byk nak dikongsi , byk nak membebel , dah lama sangat tak jenguk awak en.blog oii :3 busy nyee sejak masuk matrik , lepas spm hari tu kerja , dh kerja ke matrik pulak . kejap nyee masa berlalu , skrng batch 1996 pun dh amik spm . alahaiii ..
actually , org tgh tunggu result final exam nii . hopefully dpt result baik-baik . baru smlm mimpi dpt result cun habis hahaha . takkan dlm mimpi je kot nak merasa happy ? t.t harap dpt sambung sem 2 kat Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan tuuu dgn program setahun jugak . takmo lahh ke program dua thn . tolonglahh Ya Allah , semoga dipermudahkan .. tak sabar nak habis matrik niiii . stress belajar laju-laju kat sane , jerawat pun suke hinggap org stress . haha bak kate roomate , kalau dok matrik takde jerawat , tak stress tu manusia tak normal k . tp kita kena kuatkan semangat , cuba sehabis baik yee Nurul Ain :')

Monday, May 13, 2013

fasabrun jamil - sabar itu cantik

mcm biasa , sekian lama tak update blog . busy , malas . tu alasannya . rindu sebenarnya nak tatap blog ni . hmmm , lately selalu rasa diuji . hati mcm tak kuat , dtg masalah sikit , menangis . tp sebenarnya bila menangis tu laa kita cari kekuatan baru . kalau kita mengadu dkt manusia pun , bkn semua yang faham . dr sekolah lg aku dh ada yg membenci . flashback balik beberapa bulan lepas , masa form 5 .

time kelas fizik , semua student form 5 Science kena turun makmal , tiba-tiba ada seorang membe tegur , 
"eh Ain , apsal barang kau bersepah ats meja ? ishh kau ni , tak susun buku ke ?" haaa sudahh , pusing tgk membe sebelah , "Ana , td aku ada keluarkan semua buku ke ? bila pulak aku sepahkan meja ?" cepat-cepat ajak Ana naik kelas pergi tgk . bila masuk je kelas .. tgk bersepah barang .. ada yg cuba nak selongkar beg aku . apa masalahnya ? 

masa tuu dh tau dh , aku ada yang membenci . tu aku tau . masa form 5 terlalu ramai yang benci aku disebabkan jawatan . bila muhasabah diri , aku manusia . dlm teguran , mungkin ada yg terasa . aku manusia . bknnya perfect , tp bukan mcm tu caranya . tak perlu nak sepahkan brg org konon nak tunjuk protes . tak sangka , smpai skrng ada lg yg masih membenci . sebar fitnah bukan-bukan . come on , hati . nak didik hati bkn sng :/



kalau ada yang membenci sekalipun , jgn lawan guna kata-kata , kita cuba lawan dgn doa :') 


Thursday, March 7, 2013

♥ Keep Trust, Hope n Confident ♥♥


okeyy , tengok tajuk pun dah tau entry jiwang . terdetik nak buat entry pasal mende alah ni lepas ziarah blog membe yg tersayang . cehh , jiwang kott . nak tukar guna 'wa' boleh ? heeee . peduli apeee kan ? wa bukan jenis suka sgt sembang mende-mende cmni . tapi tipu laaa kalau kata tak pernah rasa mcm ni .

‎"...seorang lelaki berpesan...jika kamu sayangkan wanita itu..hendaklah kamu serahkannya kepada ALLAH dahulu, kerana hanya ALLAH lah yang akan menjaga Bidadari kamu sebaik-baik mungkin, sebelum dia HALAL bagi kamu...soo sweeet kan ALLAH untuk kamu lelaki, jadi tak perlulah kamu risau tentang Bidadari kamu itu..kerana ALLAH sentiasa melindunginya..selagi mana, kamu tidak pernah lupa untuk mendoakannya dalam solatmu..."



‎"..rindu itu tidak akan berakhir, ia akan cuma surut, atau bertambah. kadang2 kita juga rindu orang yg dibenci...!"

haa , dalam doa wa selalu doakan utk parents , kawan-kawan , and beloved person . cakap psl doa , kita tak elok doakan yg tak baik utk orang lain . takkan laa kita rasa happy ats kesusahan orang lain ye dak ? kalau pun rasa sayang kita ditolak ke ape , tak salah kan kita doa yg baik-baik je utk orang tu . tak rugi pun , kita pun jd tenang je . inshaa Allah .. cuba amalkn doa ni :

"Ya Allah , temukanlah dia dgn seseorang yg baik iman dan takwa . aku mahu dia gembira , Ya Allah walaupun bukan kerana aku . aku mahu dia dicintai selayaknya tak seperti mana aku mencintainya dan aku tidak mahu dia ditemukan dengan seseorang yang pandang dirinya dengan pandangan nafsu manusia dan syaitan tp pandangan dariMu Ya Allah .."


---------------------------------------------------------------------------
doa yg selalu diamalkn bila mention nama KAWAN TERBAIK
tak contact , tak mesej , tak miskol-miskol , tak chatting ,
tak bermakna lupa , 
sbb wa selalu ingat lu dalam doa ;)

~CINTA kerana RUPA, cinta yang PURA-PURA.. bila MENINGKAT USIA, cinta LAYU bersama..  ♥~cinta kerana WANG, sangat mudah TERBANG.. ada WANG hati pun SAYANG, tiada wang cinta MELAYANG..  ♥~cinta kerana PANGKAT, cinta yang TIDAK LEKAT.. manakan bisa mendapat BERKAT jika hanya memandang DARJAT..  ♥~cinta kerana ILLAHI, itulah cinta HAKIKI.. rasa cinta yang TIADA MATI.. bersemi lagi di SYURGA FIRDAUSI..